Ini adalah tips-tips mudah untuk anda yang kurang pengetahuan bagaimana untuk menguruskan masa untuk diri sendiri, keluarga atau pasangan anda:-
- Belajar bagaimana menguruskan masa anda sebaik mungkin dalam sehari.
- Buatkan jadual atau senarai yang perlu anda lakukan bagi hari tersebut. Catatkan tarikh akhir bagi setiap perkara penting atau kertas kerja anda untuk mengelakkan anda dari terlupa!
- Rancang untuk mencapai sasaran anda bagi sesuatu projek yang memerlukan penelitian anda pada hari tersebut dengan berhati-hati
- Beri keutamaan pada apa yang ingin dicapai. Menurut "Prinsip Pareto" menyatakan 80% apa yang ingin dicapai datangnya dari 20% usaha anda, jadi fikir-fikirkanlah!
- Mulakan langkah dengan mudah. Cuba bahagikan kerja anda kepada bahagian, jadi anda tidak akan dituduh "overshadow" mereka!
- Jauhkan perkara yang terlalu sempurna! Jangan terlalu obses untuk benda yang terlalu sempurna kerana masa yang ada boleh digunakan untuk perkara lain!
No comments:
Post a Comment