Monday 19 December 2011

20 perkara LEBIH HEBAT daripada SEKS

Okeyyyy.... mungkin bukanlah lebih menyeronokkan daripada seks, tetapi hampir sama nikmatnya!

1. bila teman lelaki kamu berikan nota cinta romantis tanpa sebab. Hanya kerana dia cintakan kamu? Wahhh!!
2. Manjakan selera ketika sedang berdiet. Kamu dalam perjalanan pulang dan dari jauh kamu sudah nampak tanda M berwarna kuning... Apa kamu buat? "Tak salah manjakan seleramu dengan burger 2 minggu sekali jika kamu amalkan diet dan senaman," kata Hanan Saleh, pakar diet dari thefoodexpert.com.au. Hmm, pakar diet pun dah beri "lampu hijau"!
3. Tidur guna cadar yang bersih. Cadar yang baru diangkat dari penyidai memang "sedap" disentuh, dibau dan diselimuti. "Katil yang selesa, bantal yang fluffy serta cadar yang segar selepas baru dicuci pasti buat pengalaman tidur lebih menyenangkan," kata Bret Chamberlain, Ketua Pegawai Eksekutif The sleep Therapy Clinic.
4. Lelap seketika apabila kamu terlalu mengantuk. "Kamu hanya rasa mhu terlelap hanya jika tak cukup tidur. Jadi bila kamu mengantuk, ini bermakna kamu tak dapat waktu tidur yang berkualiti," kata Chamerlain. Ini juga bermaksud... "Tak salah jika nak lelap sebentar bila-bila saja kamu rasa mengantuk," tambahnya. Berita baik tu!
5. Dapat tahu orang lain dah siapkan kerja yang kamu malas sangat nak buat tu. Dah lama kamu tangguh nakcuci bilik air, sedangkan minggu itu giliran kamu. Jadi kamu pun melangkah ke bilik air dengan alatan mencuci. Bila kamu angkat saja toilet lid, dah ada bersihkan pun!
6. Jejaka kacak menoleh untuk memandangmu. Kamu sedang bersiar sendirian dan tiba-tiba ternampak seorang lelaki handsome sedang merenung kamu dari atas ke bawah! Ya, yang ini memang BTS (Better than Sex).
7. Kedai yang menyediakan tempat menunggu. Kamu kena beli kasut baru kerana ada majlis penting esok, tapi si dia sudah mengeluh panjang. Cuba lihat ke sudut kedai itu.... Ada kerusi empuk dan majalah sukan untuk si dia? Selamat!
8. Makan sepotong kek harijadi. Walaupun ia bukan kek harijadimu, tapi rasanya memang lebih nikmat berbanding kek biasa.
9. Bila kamu ke kaunter untuk bayar barangan yang kamu pilih, dan dapat tahu ada lagi diskaun 25%! Boleh ulang semula? Lagi potongan daripada kasut yang memang dah cukup murah harganya tu? Oh, seronoknyaaaaaaaa......!!!!!!!
10. Tanpa disangka, jejaka yang kamu suka menghantar mesej. Kamu keluarkan telefon bimbit dari dalam beg untuk hubungi temanmu, dan tiba-tiba mendapati sms.............. Meleret senyumanmu sampai ke telinga bila melihat mesej yang tertera adalah si dia yang kamu minati!
11. Bangun tidur tanpa paksaan.
12. Dapat upgrade dalam penerbangan!
13. Bila coklat dinikmati dengan cara yang betul.
14. Detik kopi dituang ke dalam cawan.
15. A good hair day!
16. Ada orang puji busanamu padahal kamu belinya di jualan preloved items. Hehehe....
17. Sehari selepas pergi ke gim, rasa sakit sebab bersenam teruk Hurt so good! "Ia dikenali sebagai delayed onset muscle soreness," kata Blake Worrall-Thompson, pengasas ministryofwellbeing.com. Ia satu sensasi yang berlaku disebabkan oleh koyakan mikroskopik pada gentian otot. Bunyinya agak dahsyat dan menakutkan! Tapi itulah caranya kamu membina otot dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh.
18. Rambut dicuci di salun.
19. Tutup dan belai muka depan buku setelah habis baca.
20. Menangis beriya-iya ketika menonton wayang. Tak kiralah sebab sedih (bila menonton The Notebook) atau gelihati (The Hangover); hingus keluar membuktikan yang kamu sedang berseronok! Hahaha....

(sumber: Cosmopolitan, Disember 2011)