Wednesday 15 June 2011

Cara Enjoy Hidup Solo!

Tak bermakna jika tak mempunyai pasangan, hidupmu jadi membosankan. Jom cuba tip ini.... 

KENALI DIRI SENDIRI
Kadangkala kamu boleh terperangkap dalam percintaan sehingga lupa diri da abaikan perkara yang kamu suka atau minat. Bila kamu sudah menjadi single, ambil masa untuk kenali dirimu kembali. Makan makanan yang kamu sukai, dengar muzik yang buat tubuhmu bergoyang  dan lakukan perkara yang mampu menggembirakan dirimu!  


FOKUS KEPADA TEMAN DAN KELUARGA TERSAYANG 

  
Menjadi solo tak bermakna kamu kena menyendiri. Ambil masa untuk berhubung dengan teman-teman atau cipta persahabatan baru. Luangkan juga lebih masa berkualiti dengan orang-orang yang kamu suka dampingi dalam hidupmu selama ini.

JADI POSITIF


Anggap hidup solo sebagai satu pengalaman hebat. Ini mungkin kali terakhir kamu menjadi single, jadi nikmati saat ini. Dan ingat - kamu tak perlu berada dalam perhubungan untuk menjadi lengkap - kamu sudah sempurna kerana diri kamu, bukan dengan siapa kamu berteman!

NIKMATI HIDUP

   Bersosial, pergi ke gim, ambil kelas tarian yang kamu dah lama mahukan! Pendek kata, panjang tak kata! Hehehehe.... Nikmati semua perkara yang kamu mahu tanpa rasa ragu-ragu!!!!

No comments:

Post a Comment